29 January, 2011

LAWAK OF THE DAY

Lawak No.2

Ni kisah sorang Jepun yang baru sampai ke Malaysia untuk melancong.
Dari KLIA dia sewa satu limo untuk ke hotel di tengah kota Kuala Lumpur.
Semasa dalam perjalanan, sebuah kereta HONDA yang di pandu laju memotong limo yang di naiki yang di pandu oleh sorang pakcik tua.

  Dengan bangga Jepun tersebut berkata " Kereta Honda, very fast ! made in Japan ! ".

Tidak lama pas tu ada sebuah kereta TOYOTA yang di pandu lebih laju lagi, memotong limo mereka di selekoh yang agak tajam.

   Jepun menjerit dengan kuat " Kereta Toyota, damn fast ! buatan Jepun  ! ".

Kereta Mitsubishi lak potong,

   Jepun " WOW, Mitsubhisi, beautiful and fast, japan make ! "

Pak Cik drebar Limo tu dah bengang, tapi dia keep cool saja. Akhirnya Limo sampai ke hotel yang di minta. Tambang Limo yang tertera di meter RM 200.00.

  Jepun " Wahhhhh....banyak mahal ! '

  Pak Cik Limo " Meter,very fast, buatan Malaysia ! "

No comments:

Post a Comment